Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat dilaporkan telah membekalkan kenderaan berperisai kepada kumpulan militan Syria di sebalik bantahan bahawa kenderaan itu mungkin akan berakhir di tangan pengganas Takfiri yang akan menggunakannya untuk meneruskan kempen kejam mereka ke atas rantau Timur Tengah.
Kumpulan Angkatan Demokratik Syria (SDF) yang merupakan salah satu daripada kumpulan anti-Damsyik pada hari Selasa berkata bahawa kenderaan itu telah tiba di negara Arab itu tanpa menyatakan jumlah yang telah diterima oleh mereka.
"Kenderaan berperisai A.S telah tiba untuk SDF buat kali pertama. Ini berlaku di bawah pentadbiran A.S yang baru memegang tampuk kuasa," kata jurucakap SDF, Talal Sello.
Pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengambil keputusan untuk membekalkan SDF dengan kenderaan tersebut, kata Sello yang menambah, "Sebelum ini kami hanya menerima senjata ringan sahaja dan juga bekalan peluru... Dengan kenderaan berperisai ini, kami telah memasuki fasa baru berkaitan sokongan (A.S). Ini adalah sebuah alamat."
Dia turut mengatakan bahawa SDF telah mengadakan mesyuarat dengan kerajaan baharu A.S, "yang telah menjanjikan... sokongan tambahan" untuk kumpulan militan itu.
31 Januari 2017 - 19:19
News ID: 808556
Amerika Syarikat dilaporkan telah membekalkan kenderaan berperisai kepada kumpulan militan Syria di sebalik bantahan bahawa kenderaan itu mungkin akan berakhir di tangan pengganas Takfiri yang akan menggunakannya untuk meneruskan kempen kejam mereka ke atas rantau Timur Tengah.